x perlu cakap2..juz senyum..

Thursday, January 27, 2011

++ 2 PeRsImPaNgAn YaNg BeRbEzA ++




di persimpangan hidup..
pertemuan tercipta..
antara kau dan aku..
tanpa di duga..
satu episod baru telah terlakar..
bagaikan kanvas yang dulunya putih
kini telah tecalit warnanya..

di haluan yang berbeza..
kita bertemu..
tidak ku duga..
jalan yang ku pilih bersatu dengan mu..
adakah ianya takdir atau sekadar kebetulan??

tanpa ku duga..
satu ikatan menyatukan kita..
yang dulunya bukan siapa-siapa..
kini..
menjadi seseorang dalam hatiku.. 

ikatan yang tercipta..
sangat menyenangkanku..aku gembira..
bahagia bersama dirimu..
dirimu yang tak pernah ku bayangkan..
berdiri..bersama denganku..

tapi..aku mula terfikir..
mungkin jalan yang kita pilih hanya kebetulan..
mana mungkin dua jalan yang amat berbeza..
dapat bertemu untuk selamanya..
ianya mustahil..

ya..persimpangan itu..hanya kebetulan..
supaya aku punyai cebisan 
sebagai bukti..kadang kala kebetulan itu sangat bermakna..