hekhek..arini aku belajar benda baru lagi..ambil pengajaran dari cerita playful kiss (korea)..sila la tengok kalau tak tengok lagi yerk..best cter nie..yg paling penting..pelakon hensem-hensem..haha..tu yang paling penting tu..
hekhek..nie la cternya..
hekhek..dari apa yang aku tengok dari drama nie..aku belajar sumthin..so..aku nak kongsi apa yang aku belajar nie..
++ Aku mula faham yang kalo kita suka kat sumone tu..tak semestinya kita akan dapat dye walaupun kita tunggu dia brapa tahun pon.walau macam mana baiknya kita layan dye..ambil berat sal dye..kalau dalam aty dye..bukan kita yang pertama..kita tak mungkin berada tempat teratas dalam carta orang terpenting dalam hati dye..
++ Aku mula terfikir..lebih baik kalau kita yang terluka dan melepaskan dia pergi dari sisi daripada kita melihat dye tak gembira dan ketawa sewaktu bersama-sama dengan kita..doakan dye bahagia dengan insan yang disayanginya...
++ Kita tak boleh paksa sumone untuk suka kat kita walau betapa sayangnya kita pada dye..paksaan tu buat kita dan dye terseksa..saling melukai antara satu sama lain..
++ Kadang-kadang berterus terang tentang perasaan kita lebih baik daripada kita mempertahankan ego kita kerna kadang-kadang tanpa kita sedar, kita akan melukai orang yang kita sayang..
++ Mungkin apabila kita dapat melepaskan orang yang kita sayang..kita akan berjumpa dengan sumone yang benar-benar ikhlas sukakan kita..sentiasa ada untuk kita..yang sanggup menangung sedih dan gembira bersama- sama..
++ Jangan pulak terkejut kalau suatu hari nanti..orang yang paling kita benci atau selalu menyusahkan hidup kita..merupakan pemegang kunci bagi hati kita..seseorang yang tak sanggup kita lepaskan dalam idup kita..so bak kata orang tua..benci tu berpada-pada..nanti jatuh sayang plak..hekhek..
++ Hidup ini terlalu misteri untuk kita ketahui..mungkin kita akan sedih apabila kehilangan seseorang yang terpenting..tapi kita tidak tahu..mungkin seseorang yang muncul selepas itu dapat memberikan kita kegembiraan yang tak pernah kita terfikir sebelum ini..
++ Kawan yang betul-betul boleh di panggil sahabat adalah kawan yang sentiasa ada bersama kita waktu kita menangis atau kita ketawa..kawan yang akan menghulurkan tangan dan tersenyum apabila diri kita tak mampu untuk berdiri lagi..